Hati Yang Buta
KERAJINAN KAMU UNTUK MEMPEROLEHI APA YANG TELAH TERJAMIN UNTUK KAMU DI
SAMPING KELALAAIAN KAMU TERHADAP KEWAJIBAN YANG DIAMANATKAN
MENUNJUKKAN BUTA MATA HATI.
Imam Ibnu Athaillah
menceritakan kesan daripada hijab nafsu dan hijab akal yang menutup hati daripada
melihat kepada takdir yang menjadi ketentuan Allah s.w.t. Ada tiga perkara yang
dikemukakan untuk direnungi:
1: Jaminan Allah s.w.t.
2: Kewajiban hamba
3: Mata hati yang mengenal jaminan Allah s.w.t dan kewajiban hamba.
Penyingkapan rahasia mata hati adalah penting bagi memahami Kalam Hikmat di
atas. Mata hati ialah mata bagi hati atau boleh juga dikatakan kebolehan mengenal
yang dimiliki oleh hati. Kadang-kadang mata hati ini dipanggil sebagai mata dalam.
Istilah „mata dalam‟ digunakan bagi membedakan istilah ini dengan mata yang zahir,
yaitu yang dimiliki oleh diri zahir. Diri zahir terbentuk daripada daging, darah, tulang,
sumsum, rambut, kulit dan lain-lain. Diri zahir ini berkebolehan untuk melihat,
mendengar, mencium, merasa dan menyentuh. Diri zahir memperolehi kehidupan
dari perjalanan darah ke seluruh tubuhnya dan aliran nyawa dalam bentuk uap atau
gas yang keluar masuk melalui hidung dan mulut. Jika darahnya dikeringkan atau
dibekukan ataupun jika aliran uap yang keluar masuk itu disekat maka diri zahir akan
mengalami satu keadaan di mana sekalian bagiannya terhenti berfungsi dan ia
dinamakan mati! Diri zahir ini jika disusun dapatlah dikatakan bahwa ia terdiri
daripada tubuh dan nyawa serta deria-deria yang dapat mengenal sesuatu yang
zahiriah. Pusat kawalannya ialah otak yang mengawal keberkahan deria-deria dan
juga mencetuskan daya timbang atau akal fikiran.
Diri batin juga mempunyai susunan yang sama separti diri zahir tetapi dalam
keadaan ghaib. Ia juga mempunyai tubuh yang dipanggil kalbu atau hati. Hati yang
dimaksudkan bukanlah segumpal daging yang berada di dalam tubuh. Ia merupakan
hati rohani atau hati seni. Ia bukan kejadian alam kasar, sebab itu ia tidak dapat
dikesan oleh pancaindera zahir. Ia termasuk di dalam perkara- perkara ghaib yang
diistilahkan sebagai Latifah Rabbaniah atau hal yang menjadi rahasia ketuhanan.
Apabila di dalam keadaan suci bersih ia dapat mendekati Tuhan. Ia juga yang
menjadi tilikan Tuhan. Hati seni ini juga memiliki nyawa yang dibahasakan sebagai
roh. Roh juga termasuk di dalam golongan Latifah Rabbaniah. Ia adalah urusan
Tuhan dan manusia hanya mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya.
Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi ilmu
pengetahuan melainkan sedikit saja”. ( Ayat 85 : Surah Bani Israil )
Tubuh seni atau hati seni juga mempunyai sifat yang berkemampuan mencetuskan
pemahaman dan pengetahuan. Ia dipanggil akal yang juga termasuk di dalam
golongan Latifah Rabbaniah yang tidak mampu diuraikan. Akal jenis ini berguna bagi
pengajian tentang ketuhanan. Tubuh zahir mempunyai deria-deria untuk mengenal
perkara zahiriah. Deria-deria tersebut dipanggil penglihatan, pendengaran,
penciuman, perasaan dan penyentuhan dan alat-alat yang bersangkutan ialah mata,
telinga, hidung, lidah, tangan dan lain-lain. Tubuh seni atau diri batin juga
mempunyai deria yang mengenal perkara ghaib dan deria ini dinamakan basirah
atau mata hati. Ia berbeda daripada sifat melihat yang dimiliki oleh mata zahir. Mata
zahir melihat perkara zahir dan mata hati syuhud atau menyaksikan kepada yang
ghaib.
Apa yang ada di sekeliling kita boleh dilihat melalui dua aspek yaitu yang nyata
dilihat dengan mata zahir dan yang ghaib dilihat dengan mata hati. Jika kita ambil
satu buku gula, mata kasar melihat sejenis hablur berwarna keputihan. Bila
diletakkan pada lidah terasalah manisnya. Ketika menikmati kemanisan itu kita
seolah-olah memandang jauh kepada sesuatu yang tidak ada di hadapan mata.
Perbuatan merenung jauh itu sebenarnya adalah terjemahan kepada perbuatan
mata hati memandang kepada hakikat gula yaitu manis. Bagaimana rupa manis tidak
dapat diceritakan tetapi mata hati yang melihat kepadanya mengenal bahwa gula
adalah manis. Jika mata zahir melihat sebilah pedang, maka mata hati akan melihat
pada tajamnya. Jika mata zahir melihat kepada lada, mata hati melihat kepada
pedasnya. Jadi, mata zahir mengenal dan membedakan rupa yang zahir sementara
mata hati mengenal dan membedakan hakikat kepada yang zahir. Mata hati yang
hanya berfungsi setakat mengenal manis, tajam, pedas dan yang seumpamanya
masih dianggap sebagai mata hati yang buta. Mata hati hanya dianggap celik jika ia
mampu melihat urusan ketuhanan di sebalik yang nyata dan yang tidak nyata.
Kekuatan suluhan mata hati bergantung kepada kekuatan hati itu sendiri. Semakin
bersih dan suci hati bertambah teranglah mata hati. Jika ia cukup terang ia bukan
saja mampu melihat kepada yang tersembunyi di sebalik rupa yang zahir di sekeliling
kita malah ia mampu melihat atau syuhud apa yang di luar daripada dunia. Dunia
adalah segala sesuatu yang berada di dalam bulatan langit yang pertama atau langit
dunia atau langit rendah. Langit rendah ini merupakan sempadan dunia. Selepas
langit dunia dinamakan Alam Barzakh. Meninggal dunia membawa maksud roh yang
rumahnya yaitu jasad telah tidak sesuai lagi didiaminya atau dipanggil sebagai
mengalami kematian, dibawa keluar dari langit dunia dan ditempatkan di dalam
Alam Barzakh.
Fungsi mata hati ialah melihat yang hakiki. Mata hati yang mampu melihat dunia
secara keseluruhan sebagai satu wujud akan mengenali apa yang hakiki tentang
dunia itu. Oleh sebab penyaksian mata hati bersifat tidak dapat dinyatakan secara
terang maka ia memerlukan ibarat untuk mendatangkan kefahaman. Ibarat yang
biasa digunakan bagi menceritakan tentang hakikat dunia ialah: “Dunia adalah
seorang perempuan yang sangat tua dan sangat bodoh. Tubuhnya kotor dan
berpenyakit, menanah di sana sini dan ada bagiannya yang sudah dimakan ulat ”.
Begitulah lebih kurang perasaan orang yang melihat kepada hakikat dunia dengan
mata hatinya. Bagaimana rupa hakikat yang menyebabkan timbul perasaan dan
ibarat yang demikian tidak dapat diuraikan.
Mata hati yang lebih kuat mampu pula menyaksikan Alam Barzakh dan mengenali
satu lagi hakikat yang dinamakan keabadian, yaitu sifat hari akhirat. Kematian
membinasakan jasad dan kiamat membinasakan alam seluruhnya tetapi tidak
membinasakan Roh yang padanya tergantung kitab amalan masing-masing. Ahli
maksiat tidak dapat diselamatkan oleh kematian dan kiamat. Ahli taat yang tidak
mendapat ganjaran yang setimpal di dunia tidak binasa ketaatannya oleh kematian
dan kiamat. Tanggungjawab seseorang hamba akan terus dipikulnya melepasi
kematian, Alam Barzakh, kiamat, Padang Mahsyar dan seterusnya menghadapi
Pemerintah hari pembalasan. Tanggungjawab itu hanya gugur setelah Hakim Yang
Maha Bijaksana dan Maha Adil lagi Maha Mengetahui serta Maha Perkasa
menjatuhkan hukuman. Inilah hakikat yang ditemui oleh mata hati yang menyelami
Alam Barzakh, bukan melihat roh orang mati di dalam kubur.
Mata hati berfungsi mengenal perkara yang ghaib. Makrifat atau pengenalan kepada
keabadian atau hari akhirat akan melahirkan kesungguhan pada menjalankan
amanat Allah s.w.t yaitu mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi laranganlarangan-
Nya. Amanat itu akan terus dibawa oleh para hamba untuk diserahkan
kembali kepada Allah s.w.t yang meletakkan amanat tersebut kepada mereka.
Makrifat mata hati yang demikian melahirkan sifat takwa dan beramal salih. Apabila
takwa dan amal salih menjadi sifat seorang hamba maka masuklah hamba itu ke
dalam jaminan Allah s.w.t.
Dialah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaan-Nya dan
kekuasaan-Nya (untuk menghidupkan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk
jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta
mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang senantiasa
bertumpu (kepada Allah). ( Ayat 13 : Surah al-Mu‟min )
Allah s.w.t berfirman dalam Hadis Qudsi:
Hamba-Ku, taatilah semua perintah-Ku, jangan membeber keperluan kamu.
Allah s.w.t sebagai Tuhan, Tuan atau Majikan tidak sekali-kali mengabaikan
tanggungjawab-Nya untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya sementara
hamba-hamba pula berkewajiban mentaati Tuan mereka. Rezeki telah dijamin oleh
Allah s.w.t dan untuk mendapatkan rezeki tersebut seseorang hamba hanya perlu
bartindak sesuai dengan makamnya. Jika dia seorang ahli asbab maka bekerjalah ke
arah rezekinya dan jangan iri hati terhadap rezeki yang dikurniakan kepada orang
lain. Jika dia ahli tajrid maka bertawakallah kepada Allah s.w.t dan jangan gusar jika
terjadi kelewatan atau kekurangan dalam urusan rezeki. Walau dalam makam
manapun seseorang hamba itu berada dia mesti melakukan kewajiban yaitu
bersungguh-sungguh mentaati Allah s.w.t dengan mengerjakan perintah-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Hamba yang terbuka mata hatinya akan percaya
dengan yakin terhadap jaminan Allah s.w.t dan tidak mengabaikan kewajibannya.
Hamba ini akan melipat-gandakan kegiatan dan kerajinannya untuk bertakwa dan
beramal salih tanpa mencurigai jaminan Allah s.w.t tentang rezekinya.
Hamba yang buta mata hatinya akan berbuat yang berlawanan yaitu dia tekun dan
rajin di dalam mencari rezeki yang dijamin oleh Allah s.w.t tetapi dia mengabaikan
tanggungjawab yang diamanatkan oleh Allah s.w.t. Orang ini akan menggunakan
daya usaha yang banyak untuk memperolehi rezeki yang boleh didapati dengan
daya usaha yang sederhana tetapi menggunakan daya usaha yang sedikit dengan
harapan untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin didapati kecuali dengan
daya usaha yang gigih dan perjuangan yang hebat yaitu pahala-pahala bagi amal
salih.
Mata hati melihat kepada yang hak dalam keghaiban. Nafsu yang hanya berminat
dengan kebendaan yang nyata menutupi yang hak itu dan akal mengadakan hujah
untuk menguatkan keraguan yang tumbuh pada nafsu. Perkara ghaib disaksikan
dengan keyakinan. Jika nafsu dan akal bersepakat mengadakan keraguan,
kebenaran yang ghaib akan terhijab. Orang yang mencari kebenaran tetapi gagal
menundukkan nafsu dan akalnya akan berputar-pusing di tempat yang sama.
Keyakinan dan keraguan senantiasa berperang dalam jiwanya.

Komentar
Posting Komentar